Rabu, 20 April 2011

ALI BASAH: SURAT TERBUKA KEPADA PENDUDUK BELAGA


GEMPAR!!!- selepas sahaja piliharaya negeri berakhir, keputusan sungguh menakjubkan telah di ketahui BARISAN NASIONAL menang besar dan terus menguasai kerajaan Negeri Sarawak. Ini amat jelas menunjukkan bahawa rakyat bumiputera Sarawak sangat mempercayai kempimpinan BN di Sarawak.

PKR yang bersuara besar sumbang dan lantang serta angkuh sebelum ini nampaknya muram durja dengan hanya mendapat 3 kerusi daripada 25 kerusi dipertandingkan termasuklah kalah begitu teruk di Belaga.

Namun asapkoyan2u terkejut semalam bila mendapat sepucuk surat yang kononnya di tulis oleh Calon PKR Belaga (ALI BASAH) kepada penduduk di Belaga. Dalam kandungan surat tersebut adalah menerangkan betapa kecewanya beliau kerana sudah kalah dalam pilihanraya lepas dan berjanji tidak akan bertanding pada masa akan datang. Pelbagai tomahan dan tuduhan serta alasan diberikan untuk menagih simpati kepada penduduk Belaga atas kekalahan tersebut.

Adakah rakyat akan mempercayai dan mendengar alasan ini??? Mungkin cara sebegini tidak lagi berkesan kerana penduduk sudah matang dan pandai membuat penilaian mereka masing-masing. Ali juga mengugut akan mengheret orang-orang yang dia tuduh memfitnah dirinya sepanjang kempen pilihanraya???

Adakah sikap seperti ini profesional? mgkn juga PKR terlalu yakin bahawa mereka mampu memenangi hati rakyat. Tetapi hakikatnya rakyat lebih tahu siapa yang benar-benar bekerja dan berjuang untuk penduduk Belaga sebelum ini. Mereka sekarang tidak dapat menerima kekalahan teruk ini dan cuba memberi alasan yang pelbagai. Hati-hati dengan surat yang tengah diedarkan di Belaga ini!!!

Apapun, asapkoyan2u berharap agar penduduk Belaga tidak lagi terpedaya dengan apa jua taktik yang cuba dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawap untuk memecah belahkan rakyat Belaga. Kembalilah bersatu dengan pemimpin yang sudah dipilih dan dipercayai oleh majoriti. Walaupun berbeza latar politik sebelum ini, kita cuba cari formula yang terbaik untuk menyatukan kita demi pembangunan Belaga. Belaga maju!!!

1 ulasan:

  1. salam,telahsaya pautkan link tuan,mohon tuan pautkan link saya :)

    http://www.rajahbinai.blogspot.com

    terima kasih

    BalasPadam