Penduduk Belaga amat menghargai keamanan dan keharmonian Negara yang memberi kebebasan kepada rakyatnya dalam apa jua hak sebagai Warganegara Malaysia.
Walaupun semasa musim pilihanraya yang lepas ada pihak yang cuba mengapi-apikan agama dan libatkannya dalam politik namun kerajaan masih dapat menjawap semua isu tersebut.
Hasilnya di Malaysia dan termasuk di Asapkoyan dan Belaga, penduduk masih lagi bebas menganut agama mereka masing-masing. Rakyat juga tahu menghormati penganut lain tanpa menghalang mereka meneruskan ibadah mereka.
Kita amat berharap agar keharmonian dan kebebasan ini terus terpelihara selamanya di Malaysia. Kepada ahli-ahli politik pula, janganlah cuba hendak mengganggu gugat keharmonian ini dengan melibatkan agama ini ke dalam isu politik untuk mendapat perhatian dan sokongan.
Semoga Malaysia terus aman!!!!!
sumber foto: Lisa Tidom Fb Album
Tiada ulasan:
Catat Ulasan