Jumaat, 19 April 2013

DATUK BILLY ABIT TURUT BERSAMA CALONKAN NAMA WILSON UGAK DI PARLIMEN HULU REJANG HARI INI!!

Tan Sri James, Wilson, Billy, Liwan
HULU REJANG- JUMAAT,  Bandar kecil Kapit telah awal dikerumuni oleh rakyat Hulu Rejang dari segenap kampung untuk menyaksikan Proses penamaan Calon Parti masing-masing pada hari ini.
 
Jelas kelihatan barisan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional daripada Parti Rakyat Sarawak Hulu Rejang termasuk Presiden Parti Tan Sri James Jemut Masing dan YB Liwan Lagang.
 
Apa yang sangat dibanggakan adalah bila melihat Penyandang Parlimen Hulu Rejang Datuk Billy Abit Joo sendiri bersama ketua-ketua masyarakat lain turut memberi sokongan kepada calon Hulu Rejang Encik Wilson Ugak.
 
Ini menunjukkan betapa profesionalnya pemimpin Barisan Nasional dan sentiasa bersatu padu demi melihat perubahan dan pembangunan di Hulu rejang.
 
Persepi dikalangan rakyat dan cuba diapi-apikan oleh pihak musuh sebelum ini ternyata meleset. Selama ini Datuk Billy telah bekerja keras dalam tugasnya demi rakyat dan kini akan terus membantu calon baru agar kemajuan tidak terhenti di Hulu Rejang.
 
Perubahan di Hulu Rejang dalam 4 tahun lalu menyaksikan pembangunan yang sangat argresif hasil daripada pimpinan yang prihatin oleh Perdana Menteri Malaysia.
 
Rakyat HR dinasihati agar jangan sekali terbujuk lalu dengan bahasa sekadar janji yang dilaungkan oleh Pakatan. Manifesto Bukan Janji Mereka amat jelas tidak akan mereka dapat gapai.
 
Mari kita sama-sama terus berganding untuk menyokong Parti Rakyat Sarawak dan Barisan Nasional!! UNDILAH BN!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan