Sabtu, 20 April 2013

PEMIMPIN BN HULU REJANG KEMBALI BERSATU RAKYAT BERPADU!!!!


Pelangi Mentari
KAPIT- SEMASA proses penamaan calon semalam, tiba-tiba Pelangi Muncul benar-benar di atas lokasi penamaan calon di Bandar Kapit. Pelangi muncul dibawah pancaran matahari yang terik.

Kejadian ini amat jarang berlaku, namun sebenarnya tiada kaitan dengan mana-mana calon pun. Tetapi cuaca semalam amat menizinkan dan memberi semangat kepada pihak dan penyokong daripada pihak yang akan bertanding.

Sah keputusannya semalam Hulu Rejang akan memperlihatkan pertembungan 3 penjuru iaitu, Wilson Ugak Kumbong ( BN-PRS), George Lagong (SWP) dan Abun Sui Anyit (PKR).

Kembali bersatu
Ramalan semua pihak dan rakyat Hulu Rejang sebelum ini adalah sekurangnya ada 4,5 Calon bertanding di Hulu Rejang ternyata salah.

Bekas MP Datuk Billy Abit Joo yang lantang bersuara akhir-akhir ini mengambil keputusan untuk menghormati keputusan pucuk pimpinan parti demi melihat perubahan di Hulu Rejang.

Datuk Billy sendiri mengakui bahawa beliau memang ada melobi dan bekerja keras menghabiskan kerja-kerja akhir beliau. Namun dengan profesionnya beliau ketepikan kepentingan peribadi dan berjuang sama dengan parti.

YB Tan Sri James Jemut masing dan YB Liwan Lagang yang turut serta mengucapkan rasa terharu dan penghargaan terhadap sikap Datuk Billy Abit Joo ini.

Sekembalinya barisan pemimpin ini berganding tangan, maka rakyat Hulu Rejang sudah pastinya akan turut berpadu menyokong keberlangsungan politik dan kelancaran pembangunan yang telah dirancang dan dilaksanakan selama ini.

ribuan penyokong banjiri kapit
Kehadiran ribuan penyokong Barisan Nasional yang membanjiri bandar kapit semalam memberikan petanda yang boleh digambarkan sendiri.

Semalam juga rakyat dapat rasakan setakat kekuatan pihak lawan daripada PKR dan SWP. Namun pucuk pimpinan harus terus bekerja keras untuk mempastikan kemenangan besar BN di hulu rejang pada PRU 13 ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan