Isnin, 20 Mei 2013

PARTI POLITIK DAYAK PERLU TERUS BERSATU

Ahli2 Parlimen PRS Meraikan Kemenangan
Salam Perjuangan kepada semua pembaca-pembaca blog Asapkoyan2u. Maaf atas sudah lebih sebulan tidak membuat sebarang artikel. Ini adalah kerana atas masalah teknikal dan kekangan yang tidak dapat dielakan.

AK2u juga ambil kesempatan ini ucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada YB Tuan Wilson Ugak, Para pasukan gerak gempur daripada PRS mahupun Parti Komponen khasnya di Hulu Rejang, Rakyat Jelata dan Pengundi di Hulu Rejang kerana telah berjaya mempastikan kemenangan yang sangat besar dalam sejarah P216 Hulu Rejang.

Dari sudut padangan AK2u, PRU13 kali ini adalah agak berbeza dengan rentak PRU atau PRN yang lepas di Hulu Rejang. Pengalaman kali ini agak unik dan membuka pelbagai rentak sentimen politik tempatan.

Apapun keputusannya jelas memperlihatkan bahaya Rakyat Hulu Rejang masih sangat menyokong kepimpinan Barisan Nasional khasnya bila PRS mencanangkan Muka baru di Hulu Rejang.
Bersama Presiden PRS
PRU13 lepas sebenarnya agak mengelisahkan dan getir bagi Parti Rakyat Sarawak (PRS) kerana di setiap kawasan Parlimen yang ditandingi muncul sebuah parti yang menggelarkan mereka adalah Parti mesra BN yang diluluskan di saat-saat akhir sebelum PRU13.

Ini seolah satu politik kotor atau taktik jahat yang cuba mengoyahkan Momentum PRS yang berlatarbelakangan DAYAK.

Nampaknya Dayak kini sudah makin matang dalam berpolitik dan semangat untuk melihat Dayak bersatu kini semakin menjadi satu daripada Agenda Dayak di Sarawak.

Mungkinkah ini lah puncanya PRS atau mana-mana Parti yang berteraskan Dayak cuba dilemahkan dan kucar kacirkan oleh pihak-pihak yang dengki. Apapun mungkin tibalah masanya kini Dayak biarpun berada di pelusuk negeri ini sudah semakin sedar membawa arus politik mereka.

Setelah berjaya kekalkan semua kerusi yang dipertandingan, kini PRS hanya ingin memohon agar peluang diberikan kepada Parti ini untuk terlibat langsung dalam membawa agenda Transformasi Negara kearah yang lebih mapan.

Keputusan senarai Kabinet Malaysia yang baru diumumkan agak mengecewakan Pemimpin Parti serta Rakyat di kawasan PRS kerana sangat kurang diberi peranan dalam kabinet. Namun pemimpin PRS masih lagi berharap agar PM dapat mempertimbangkan serta memperhalusi barisan kabinetnya semula.

Turut merasa kecewa adalah Parti SPDP yang kekalkan 4 kerusi yang dipertadingkan. Bagi masyarakat Dayak yang berada dalam situasi ini sememangnya ada terasa terkilan dengan keputusan ini.

Apapun keputusan selepas ini, Pemimpin-pemimpin Dayak harus terus menggemburkan semangat Dayak Bersatu agar momentum itu tidak akan terpadam biarpun ada tangan yang cuba dan ingin membunuh semangat tersebut.

Jika pemimpin bersatupadu, makanya rakyat sekalian akan menyokong dan semakin menyemarakkan semangat ini.

Hidup BN!!! Hidup Dayak!!! Hidup PRS!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan