Selasa, 21 Mei 2013

TERGEMPAR!!!: YB WILSON UGAK HAMPIR TERPERANGKAP DALAM KEBAKARAN

YB WILSON UGAK KUMBONG
Hari ini YB Wilson Ugak membuktikan bahawa rakyat Hulu Rajang memilih beliau selaku wakil rakyat P216 adalah sesuatu yang tepat. Dikhabarkan YB Wilson Ugak telah membantu jiran yang mengalami kebakaran rumah awal pagi tadi.

YB Wilson Ugak yang mendengar teriakan dari kejiranan untuk meminta tolong dan beliau terus bergegas membawa alat pemadam kebakaran untuk membantu rumah kejiranan yang di jilat api. Insiden tersebut menyebabkan seorang mangsa yang meninggal dunia. Apa yang menjadi persoalan, kenapa ambulan mengambil masa sehingga 30 minit untuk sampai ke lokasi kejadian walaupun tempat kejadian begitu hampir dengan Hospital Umum Sarawak.

Ini merupakan satu tanggungjawab yang perlu di kaji oleh Menteri yang berkenaan.

Apakah kelewatan tersebut disebabkan oleh kesesakan lalu lintas?
  
Apakah kelewatan tersebut disebabkan oleh kekurangan papan tanda, sehingga mengambil masa untuk sampai ke lokasi kejadian?

Apakah kelewatan tersebut akibat daripada kekurangan ambulan?

Persoalan ini perlu di jawab oleh kementerian berkenaan.

Terima kasih kepada YB Wilson Ugak Kumbong yang mengambil tindakan yang bijak dengan membantu memadamkan api tersebut sekali gus mengelakkan api terus merebak ke rumah yang lain. Sikap pemimpin yang berjiwa rakyat seperti inilah yang rakyat dambakan selama ini. Alangkah, beruntungnya mereka yang menjadi jiran kepada seorang YB yang berjiwa rakyat seperti ini.

Inilah sikap yang terpuji dan harus menjadi ikutan Wakil Rakyat yang lain. Kita inginkan, kita dambakan seorang pemimpin yang sanggup memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. YB Wilson Ugak, sanggup membantu dan sanggup memegang alat pemadam api walaupun perkara tersebut boleh menggadai nyawanya sendiri.

Admin, bangga dengan YB Wilson Ugak.

Dan Admin, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa  Datuk Leo Chai atas kehilangan anak kesayangan mereka. Semoga Roh beliau dicucuri rahmat. 

Lihat Cerita Lanjut dari Borneopost YB Wilson Menyelamat Jiran dari terperangkap semasa kebakaran

SUMBER: MATAK-KAYAU BLOG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan