Mati ditempat kejadian |
Selang beberapa hari dalam bulan ini sahaja lebih 3 Kecelakaan jalan yang mendatang MAUT kepada penduduk yang melalui jalan PERSEKUTAAN BAKUN-BINTULU ini.
Kalau di hitung nyawa yang telah terkorban di Jalan Persekutuan ini sejak digunakan, mungkin tidak lagi cukup jari tangan dan kaki. Kemalagan-kemalangan juga melibatkan penduduk Belaga dan Tubau serta pekerja-pekerja disekitar Daerah Belaga yang seharian menggunakan jalan ini.
Kematian yang sering kali disaksikan ini sungguh tragis dan dasyhat sekali. Ada mangsanya yang otaknya berderai di jalan raya, ada juga yang terburai ususnya. Perkara ini sangat mengelisahkan penduduk disini khasnya penduduk Sungai Asap.
Bulan ini sudah 3 nyawa orang Asap melayang 1 Orang taukey SOP. Apakah perkara ini tidak serius di pandangan pihak berkuasa?????
Acapkali sudah penduduk sungai Asapkoyan telah menyuarakan masalah ini, namun seolahnya bagai berbual dengan Sang Batu tanpa tindakan serius. Ada pun bagi melepas kahak di pala tangga.
Mungkin ini yang membuat Penduduk Asapkoyan pada PRU-13 ramai menyokong Pembangkang????
Pada tahun 2010, Penduduk Asap juga cuba menyampaikan suara kebimbangan dengan membuat sekatan jalan di simpang jalan Sungai Asap Bakun. Hasilnya tidak ada apa-apa tindakan daripada pihak berkuasa.
Asapkoyan2u tak ingin menuding jari kepada sesiapa yang bersalah atau siapa yang lemah dalam hal ini. Masalah ini sudah terang lagi bersuluh.
Kepada penduduk Asapkoyan berhati-hatilah mengunakan jalan yang sangat teruk ini. Jangan memandu terlalu laju sebab lubang kawah ada dimana-mana.
Kepada pihak berwajip...tolonglah ambil tindakan segera. Kami tidak sanggup melihat nyawa penduduk Asapkoyan hilang dalam CELAKANYA JALAN INI!!!!