Selasa, 3 Mei 2011

BELAGA: MALAYSIA BEBAS BERAGAMA!!!


Penduduk Belaga amat menghargai keamanan dan keharmonian Negara yang memberi kebebasan kepada rakyatnya dalam apa jua hak sebagai Warganegara Malaysia.

Walaupun semasa musim pilihanraya yang lepas ada pihak yang cuba mengapi-apikan agama dan libatkannya dalam politik namun kerajaan masih dapat menjawap semua isu tersebut.

Hasilnya di Malaysia dan termasuk di Asapkoyan dan Belaga, penduduk masih lagi bebas menganut agama mereka masing-masing. Rakyat juga tahu menghormati penganut lain tanpa menghalang mereka meneruskan ibadah mereka.


Kita amat berharap agar keharmonian dan kebebasan ini terus terpelihara selamanya di Malaysia. Kepada ahli-ahli politik pula, janganlah cuba hendak mengganggu gugat keharmonian ini dengan melibatkan agama ini ke dalam isu politik untuk mendapat perhatian dan sokongan.

Semoga Malaysia terus aman!!!!!

sumber foto: Lisa Tidom Fb Album

Isnin, 2 Mei 2011

OSAMA LADEN TERTEWAS!!!


Seluruh dunia gempar apabila Amerika mengumumkan kematian Osama Bin Laden melalui Presiden OBAMA semalam. Osama terbunuh dalam satu serangan dahsyat yang diketuai oleh Amerika Syarikat itu juga dipercayai membunuh seorang anak beliau(Osama).

Dengan kematian Osama orang yang paling yang dihendaki dunia ini, maka terbalaslah dendam Amerika dan mangsa serangan 11 September hasil daripada rancangan Osama. Dunia mengharapkan agar kematian Osama ini akan dapat melemahkan kumpulan ektrimis Al-Qaeda yang sangat ganas dan sentiasa mengancam keselamatan dunia sebelum ini.



Amerika mengumumkan bahawa jenazah osama ben Laden yang terbunuh di Islamabad Pakistan telah disemadikan di laut.

Menurut pegawai Amerika yang enggan menyebutkan identitinya, terlalu sukar mencari negara yang akan menerima jenazah tersebut, kerana jenazah perlu dikebumikan dalam masa 24 jam.

Di laut mana jenazah Osama di semadikan tidak pula dilaporkan.

Jumaat, 29 April 2011

MAKIN PANAS!!!: ANUAR BERANI SUMPAH!!!!???

SEBELUM INI ANUAR KATA BERANI BERSUMPAH!!!
*Adakah DSAI masih nafikan dia dalam klip video terbarunya dan berani bersumpah???


DATO ESKAY BERANI BERSUMPAH!!!




"Saya tidak kenal dia. UMNO telah mengupah dia untuk merancang konspirasi ini". Dasar Penipu dan terus menipu. Tipu pada rakyat. Tipu pada sahabat. Tipu pada semua. Gambar ini jelas menceritakan segala2 nya keakraban watak utama Video Seks paling panas abad ini bernama Anwar Ibrahim.

sumber: M.IM,belagapage.blogspot,gelombangrakyat.blogspot

Khamis, 28 April 2011

BLOG BELAGAKINI NAK NAFI PELAKON LUCAH VIDEO PORNO PEMIMPIN SANJUNGAN MEREKA!!??

Belagakini semakin gelisah seperti Pak Nuar Gundagunala menantikan 16 mei 2011!!??? Kenapakah belagakini dan gengnya gelisah dan menggelabah bila menantikan 16 mei nombor kesukaan Pak DSAI?? Apakah mereka terlibat dalam lakonan video tersebut??

Foto dari; gelombang-rakyat.blogspot.com

Sebelum itu, asapkoyan2u pun tiada sebarang perselisihan dengan blog belagakini dan tidak pernah juga menyimpan secebis pun dendam kepada penulisnya. Namun kewujudan blog asapkoyan2u ini sekedar membuka mata minda pembaca yang selama ini terkeliru dan taksub dengan aliran angin politik berlatarkan DSAI ke Sarawak.

Dengan pendedahan terhadap kepimpinan PR yang sangat rapuh dan bersuara sumbang itu, maka asapkoyan2u tidak disenangi oleh blog2 pro-PKR seperti belagakini, abunsui.blog, lakeksemang dan yang sealiran dengannya.

Pada 7 Mac 2011- belagakini telah memulakan serangan terhadap asapkoyan2u dengan tajuk "Asapkoyan2u Persendakan Perjuangan Batok Bagi". Namun asapkoyan2u tidak mahu menjawap kerana sudah tahu bahawa siapa orang yang persendakan Batok Bagi sebenarnya.

Secaranya professionalnya Batok Bagi telah menjawap permainan dan tuduhan belagakini dan diterjemahkan pada peti undi yang sangat memalukan PKR di Naha Jalei. Maka apa pun alasan belagakini sekarang ia adalah sia-sia. Tidak ada orang marah kamu terus berdiri disisi Batok Bagi. Tetapi jangan nak gunakan mereka untuk cari publisiti murahan seprti itu lagi.

asapkoyan2u amat sedih dengan perlakuan orang educated semacam penulis belagakini dan Abunsui bilamana mereka menggunakan orang tua yang tidak tahu menahu tentang agenda disebalik pembikinan Dokumentari Bakun yang telah diharamkan oleh kerajaan tahun lepas. Beginikah sikap seorang yang mempunyai ilmu?? Pakailah ilmu tu dengan bijak lagi.

Komen Abun Sui di belagakini sungguh memalukan;
Di manakah nak diletakkan muka YB Liwan Lagang yang dikatakan baik dan menang di N. 57 Belaga.

Kemenangan itupun tidak berapa manis kerana diselubungi politik membeli undi guna wang, pangkat, projek, gertak dan memfitnah calon lawan.

asapkoyan2u terharu bila seorang lawyer Belaga memberi komen melulu seperti di atas. Kita berharap semoga orang berpelajaran seperti ini lebih professional lagi pada masa akan datang. Jangan sampai orang kampung nanti gelar kita "Loya Buruk".

Kekalahan yang memalukan kali ini harus menyedarkan pihak-pihak ini agar kembali bersatu dengan pemimpin yang telah dipilih oleh majoriti rakyat. Jangan lagi hendak menegakkan dan mengagungkan PKR pimpinan DSAI itu lagi. Belum terlambat...

1001 alasan belagakini dan rakannya hendak berikan hari ini tidak akan berkesan, kerana penilaian yang dibuat oleh rakyat belaga sudah nyata dan jelas sekali. Surat terbuka yang diedarkan juga sungguh memalukan PKR dan calonnya di Belaga. Rakyat tahu siapa disebalik surat terbuka tersebut!!!

Oleh itu, asapkoyan2u juga menasihatkan pembaca blog supaya sentiasa pandai membuat penilaian. asapkoyan2u percaya semua pembaca blog adalah orang yang berpendidikan dan mampu buat penilaian masing-masing. Tidak payahlah hendak menuduh blogger lain membuat itu-ini kerana pada hakikatnya anda pun seorang blogger yang punyai interpresepsi sendiri.

Memang sudah jelas aliran anda tidak sehaluan dengan asapkoyan2u, biarlah belagakini dan abunsui.blog menulis apa yang mereka perjuangkan. Kita sebagai blogger hanya letak persepsi kepada pembaca. Biar mereka yang akan membaca dan menilai, malah mereka lebih bijak dari kita.

Salam perpaduan...asapkoyan2u.

Rabu, 27 April 2011

BUTUHKAH ANUAR BERSUMPAH LAKNAT!!??


Setelah rakaman video seks siri pertama didedahkan sebelum ini telah mengundang gundah gulana kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sehingga menyebabkan kekalahan teruk PKR dalam Pilihan Raya DUN Sarawak tempoh hari, kini muncul kembali video seks siri kedua yang berjudul PAPA NURUL IZZA PART II


Banyak lagi koleksi video porno yang akan di tayangkan kepada umum, kita hanya tunggu dan nonton.

Bernaikah Anuar terus akan menafikannya!!!???



Sumber: pisau.net

VIDEO PUJAAN: PENGIKUT PAK NUAR BELAGA TURUT GEMBIRA!!!







Anwar dah arahkan balacinya untuk buang video tersebut.
tapi jangan risau, kami dah simpan dan akan upload semula video tersebut.
taktik buang video ni dah kami tahu.
buat sementara itu, perhatikan kronologi print screen dari video tersebut.VIDEO INI BOLEH DIKONGSI PUNYA MAAA...KASI DOWNLOAD VIDEO NI. HILANG KITA MASUK LAGI !

SUMBER: GAP

Selasa, 26 April 2011

RUMAH PANJANG SARAWAK SUDAH MAJU!!!

Ketika kempen pilihanraya negeri yang lalu, pembangkang sering menggunakan gambar-gambar kedaifan penempatan rakyat untuk menunjukkan kegagalan Barisan Nasional di Sarawak.

Gambar rumah-rumah panjang yang lama dijadikan modal untuk memancing undi untuk membuktikan kononnya mereka telah dirompak sehingga tidak mampu untuk memperbaiki taraf kehidupan dalam menghadapi arus pembangunan yang semakin pesat.

Gambar di bawah digunakan untuk menunjukkan betapa miskinnya rakyat Sarawak… sumber: Dayakbaru.


Sementara gambar di bawah pula disembunyikan. Halaman ‘ruai’ rumah panjang seperti dewan sidang. Lantainya seperti cermin. Membuktikan masyarakat Dayak tidak merempat seperti dakwaan pembangkang daripada semenanjung. Kebanyakan rumah panjang di Sarawak sekarang mempunyai kemudahan TV satelit serta komputer.

Ruai 1
Ruai 2

Mengapa pembangkang tidak menjelaskan taraf kehidupan masyarakat Dayak yang sebenar berpandukan gambar ini?

Dalam berkempen, inilah taktik pembangkang untuk menggagalkan usaha pemimpin kerajaan. 100% daripada kempen mereka menafikan kejayaan Barisan Nasional yang sudah tentunya tidak dapat untuk diterima akal yang waras.

Jadi pembangkang cukup senang… ambil saja gambar kemiskinan, sudah dapat modal pusingan untuk kerja-kerja kempen di kawasan penempatan masyarakat Dayak. Sedangkan pembangkang tidak perlu berbuat apa-apa pun terhadap apa yang dipertikaikan mereka.

Sungai Asap

Akan pedulikah PKR, SNAP lebih-lebih lagi PAS dan DAP terhadap kehidupan masyarakat jika bukan kerana pilihanraya? Lihatlah sekarang, di manakah mereka semuanya?

Di Asapkoyan- Pembangkang berkempen untuk membawa balik penduduk asapkoyan ke kampung asal. Mereka ini memang senang bercakap, sebaliknya mereka yang berkempen ini tidak duduk diam di Asapkoyan. Cubalah tanya sendiri kepada penduduk Asapkoyan siapa yang sanggup tinggal di hulu??? Kalau pergi hulu bakun untuk pergi cari makan mungkin..tetapi untuk hidup semula dan bawa keluarga tinggal dan hidup seperti 10 tahun lepas mungkin tidak ada lagi orang nak.

asapkoyan2u cabar mereka pembangkang, bawalah anak bini kamu sendiri diam di hulu sana sekarang. Tidak payah lama, setahun atau sebulan saja. Harap Belaga terus menerima kemajuan yang telah dirancangkan oleh Kerajaan pada masa akan datang...

sumber diolah; rajahmas.blogspot.com

Isnin, 25 April 2011

BELAGAKINI SAH PERSENDAKAN BATOK BAGI

NAHA JALEI- Keputusan PRN-10 Sarawak sudah kita ketahui dan Rakyat Belaga sudah membuang undi dengan bijak. asapkoyan2u kali ini ingin menjawap serangan belagakini yang sebelum ini cuba memfitnah bahawa asapkoyan2u persendakan Pak Cik Batok Bagi.

Sekarang terbukti dengan sejelasnya SIAPA YANG HENDAK AMBIL KESEMPATAN SEBENARNYA TERHADAP BATOK BAGI??? Batok Bagi dan penduduk Naha Jalei telah menjawapnya di Kotak undi pada PRN lepas. Keputusannya seperti berikut;
  • PKR(belagakini & Geng)- 0 undi
  • SNAP- 0 undi
  • Mathew- 0 undi
  • Mike Jok- 1 undi
  • Kenneth- 3 undi
  • BN- 41 undi
Daripada kesemua penduduk Naha Jalei, seorangpun tidak mempercayai Belagakini dan kumpulannya. Ini bukan lagi cakap kosong sebaliknya sudah terbukti dan realitinya. Oleh itu, asapkoyan2u nasihatkan supaya Belagakini jangan lagi memfitnah dan menuduh sembarangan seperti sikap ketua-ketua PKR yang lainnya. Sedarlah hakikat sebenar, menulislah berlandaskan fakta yang benar dan bukan mencarut. Tidak perlu lagi mempersoalkan apa tujuan kewujudan blog asapkoyan2u kerana anda sendiri sudah pun ketahui sendiri jawapannya.

Ahad, 24 April 2011

PKR SUKARELA GULUNG TIKAR DARI SARAWAK!!!


ABANG JO- "PKR perlu berfikir semula untuk teruskan politiknya di Sarawak" Kekalahan yang memalukan pada pilihan raya negeri lepas bila hanya mendapat 3 kerusi daripada 25 yang dipertandingkan membuatkan PKR berfikir 1001 kali untuk bertanding lagi di Sarawak masa akan datang.

Dimana PKR nak letak kemaluan besar mereka ini?? Jelas rakyat Sarawak menolak politik yang melampau dari luar ini ke Sarawak. Suara-suara sumbang mereka sebelum pilihanraya tidak sekalipun menambat hati rakyat Sarawak.

Di Belaga contohnya, BN telah menang dengan peningkatan Majoriti yang berlipat kali ganda berbanding PRN 2006. asapkoyan2u dapat memerhati sebenarnya PKR Belaga dan pembangkang yang lain kali ini hanyalah terdiri daripada golongan-golongan yang kecewa, cemburu dan pernah diberi peluang dalam kerajaan tetapi mereka sendiri tidak menghargainya lalu gagal dan kemudian hendak menentang. Namun rakyat sudah faham dan tahu perjuangan mereka yang sia-sia.Kesimpulannya- Pasti Perahu PKR akan karam di Tasik Bakun. Mungkin patut juga mereka perlu mendengar kata ABANG JO supaya golong saja tikar politik mereka dar SARAWAK Bumi Kenyalang yang tercinta ini. Biarlah orang Sarawak bersatu kembali dan memimpin negeri ini dengan acuan orang Sarawak sendiri.

Sabtu, 23 April 2011

DAP: Parti rasis untuk CINA??


Lim Guan Eng melenting dan cuba menegak benang yang basah apabila ramai pihak yang mengatakan bahawa DAP adalah parti rasis dan atas dasar perkauman. Kenyataan beliau di dalam MalaysiaKini :-
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyelar tindakan pemimpin BN yang mendakwa kejayaan DAP merangkul 12 kerusi semasa pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu adalah atas dasar perkauman.

Katanya, pemikiran politik perkauman BN perlu dihentikan segera, kerana hakikatnya keputusan pilihan raya Sarawak, membuktikan rakyat tidak mengira kaum mahukan gerakan dan perubahan.
Ironinya, di dalam laporan berita MalaysiaKini seterusnya di dalam tajuk "DAP atur strategi pilihanraya 2016, MalaysiaKini ternyata telah mendedahkan bahawa DAP memang parti perkauman.

Portal berita yang terkenal memutarbelit dan memburukkan kerajaan BN itu secara langsung telah mendedahkan sikap perkauman parti DAP.

PRN 10 Sarawak lepas- Jelas DAP menghidupkan perkauman apabila hanya memenangi kerusi yang mempunyai majoriti kaum cina. Mereka tidak peduli siapapun calon yang mereka calonkan mereka tidak kesah dan asal CINA menang!!!

Perkauman ini amat membahaya sekiranya terus dimainkan di Sarawak. Kerajaan BN memang telah cuba seimbangkan kedudukan setiap kaum di Malaysia agar tahap dan taraf hidup setiap kaum tidak begitu ketara.

Kenapa DAP nak main perkauman?? mungkin juga kerana nak menguasai Malaysia kesluruhannya. Sedangkan pada masa sekarang di Sarawak, Siapa taukey balak?? Sapa taukey sawit yang membuka semua kawasan bumiputera di pedalaman Sarawak??

Sedang mereka belum kuasai Politik Sarawak, mereka sudah kuasai ekonomi. Ini bukan perkauman tetapi biarlah kita bersedia bersaing dan pandai buat penilaian kerana kuasa masing di hujung jari rakyat.

Oleh itu, awasi isu perkauman yang cuba diserap ke Sarawak!!!


Jumaat, 22 April 2011

EKSLUSIF !!! AKSI VIDEO PORNO ANWAR IBRAHIM !!!
EKSLUSIF !!! DI MAN

Rabu, 20 April 2011

ALI BASAH: SURAT TERBUKA KEPADA PENDUDUK BELAGA


GEMPAR!!!- selepas sahaja piliharaya negeri berakhir, keputusan sungguh menakjubkan telah di ketahui BARISAN NASIONAL menang besar dan terus menguasai kerajaan Negeri Sarawak. Ini amat jelas menunjukkan bahawa rakyat bumiputera Sarawak sangat mempercayai kempimpinan BN di Sarawak.

PKR yang bersuara besar sumbang dan lantang serta angkuh sebelum ini nampaknya muram durja dengan hanya mendapat 3 kerusi daripada 25 kerusi dipertandingkan termasuklah kalah begitu teruk di Belaga.

Namun asapkoyan2u terkejut semalam bila mendapat sepucuk surat yang kononnya di tulis oleh Calon PKR Belaga (ALI BASAH) kepada penduduk di Belaga. Dalam kandungan surat tersebut adalah menerangkan betapa kecewanya beliau kerana sudah kalah dalam pilihanraya lepas dan berjanji tidak akan bertanding pada masa akan datang. Pelbagai tomahan dan tuduhan serta alasan diberikan untuk menagih simpati kepada penduduk Belaga atas kekalahan tersebut.

Adakah rakyat akan mempercayai dan mendengar alasan ini??? Mungkin cara sebegini tidak lagi berkesan kerana penduduk sudah matang dan pandai membuat penilaian mereka masing-masing. Ali juga mengugut akan mengheret orang-orang yang dia tuduh memfitnah dirinya sepanjang kempen pilihanraya???

Adakah sikap seperti ini profesional? mgkn juga PKR terlalu yakin bahawa mereka mampu memenangi hati rakyat. Tetapi hakikatnya rakyat lebih tahu siapa yang benar-benar bekerja dan berjuang untuk penduduk Belaga sebelum ini. Mereka sekarang tidak dapat menerima kekalahan teruk ini dan cuba memberi alasan yang pelbagai. Hati-hati dengan surat yang tengah diedarkan di Belaga ini!!!

Apapun, asapkoyan2u berharap agar penduduk Belaga tidak lagi terpedaya dengan apa jua taktik yang cuba dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawap untuk memecah belahkan rakyat Belaga. Kembalilah bersatu dengan pemimpin yang sudah dipilih dan dipercayai oleh majoriti. Walaupun berbeza latar politik sebelum ini, kita cuba cari formula yang terbaik untuk menyatukan kita demi pembangunan Belaga. Belaga maju!!!

PRS LAYAK DIPERTIMBANGKAN JAWATAN TIMBALAN KETUA MENTERI

SIBU: Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Joseph Mauh Ikeh berpendapat parti itu layak dipertimbangkan untuk mengisi jawatan Timbalan Ketua Menteri berdasarkan prestasi cemerlang yang ditunjukkan pada Pilihan Raya Negeri Ke-10 lalu.

Bagaimanapun, Mauh berkata beliau tidak berhasrat untuk ‘menidakkan’ kelayakan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) lain bagi mengisi jawatan berkenaan.

Katanya, beliau cuma ingin menyuarakan realiti berdasarkan sistem pemerintahan demokrasi yang diamalkan di negeri ini sejak dahulu lagi.

“Namun, ia kini terpulang kepada budi bicara Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Beliau yang telah menerajui kepimpinan negeri hampir 30 tahun lebih arif dalam perkara ini,” kata Mauh ketika ditemui semalam.

“Sebagai sebuah negeri yang berbilang kaum, jawatan Timbalan Ketua Menteri bukan sahaja memerlukan wakil rakyat yang memperolehi mandat besar daripada rakyat, tetapi hendaklah arif merencanakan pentabiran negeri, lebih-lebih lagi dalam usaha memulihkan sokongan rakyat terhadap BN.”

Ditanya mengenai kabinet baru negeri yang bakal dibentuk dalam masa terdekat, Mauh berharap barisan pemimpin negeri menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan penuh berwibawa.

Beliau juga berharap, kabinet baru nanti dapat memberi perhatian khusus terhadap soal pembangunan di kawasan pedalaman.

Mauh berkata, berdasarkan pilihan raya negeri lalu, rakyat di pedalaman masih mengharapkan BN sebagai tulang belakang mereka.

Oleh yang demikian, katanya, BN harus membalas sokongan itu dengan mengotakan segala janji mereka kepada rakyat di pedalaman.

“Kerajaan negeri dan persekutuan juga harus berani tampil dengan peruntukan besar bagi menyediakan keperluan rakyat di pedalaman,” tambahnya.

“Sebagai contoh, perlu ada peruntukan mencukupi disediakan bagi membolehkan agensi kerajaan bergerak ke kawasan pedalaman untuk menyediakan dokumen pengenalan diri seperti sijil kelahiran dan kad pengenalan diri untuk rakyat di situ.”

Pandangan rakyat pedalaman terhadap senario politik pada hari ini, ujar beliau, telah berubah dan perlu diberi perhatian serius.

Sampai pada satu ketika, katanya, politik idealogi yang diamalkan penduduk bandar akan menular ke pedalaman dan akhirnya menyebabkan rakyat pedalaman menolak politik realiti yang diketengahkan BN.

Sementara itu, pemerhati politik Dr Johnny Kieh percaya BN tidak menghadapi masalah bagi membentuk kabinet negeri yang baru.

“BN mempunyai ramai barisan pemimpin yang berkaliber termasuk pemimpin pelapis… cuma yang dibimbangi ialah mengenai kesanggupan serta kesungguhan pemimpin yang dilantik menggalas tanggungjawab mereka kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kabinet baru negeri juga, katanya, hendaklah berkeupayaan menyelesaikan isu serta permasalahan yang menyelubungi rakyat seperti isu tanah.

Menurut beliau, sekiranya isu-isu sebegini tidak ditangani dengan segera, besar kemungkinan rakyat akan tidak berpuas hati sekali gus mempersoalkan kemantapan kabinet baru.

Johnny turut mencadangkan supaya wakil rakyat yang dilantik menjawat jawatan menteri diberi kuasa penuh.

“Ini bertujuan untuk mengelak berlakunya komplikasi dalam membuat sebarang keputusan… sebagai contoh isu tanah, bila terdapat beberapa menteri yang bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan, sudah pasti akan berlaku percanggahan pendapat yang akhirnya membawa kepada pertelagahan,” ujar beliau.

Selasa, 19 April 2011

LIBATKAN ORANG ULU DALAM KABINET

Chuk Pai(Ketua Pemuda PRS)

Posted on April 20, 2011, Wednesday

SIBU: Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Belaga, Kennedy Chuk Pai berharap wakil rakyat kaum Orang Ulu diberi pertimbangan sewajarnya untuk menyertai kabinet negeri.

Ini kerana, katanya, hampir semua projek besar di negeri ini seperti Empangan Hidroelektrik Bakun, Baram dan Murum melibatkan kaum Orang Ulu.

“Dengan memberikan peluang dalam kabinet negeri, ia secara tidak langsung turut melibatkan mereka (wakil rakyat Orang Ulu) merencanakan polisi yang telah dirancangkan oleh kerajaan,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, beliau juga percaya kaum Orang Ulu sangat gembira sekiranya wakil rakyat mereka diberi pertimbangan menyertai kabinet negeri.

Kennedy berkata, sejak kematian mendiang Datuk Dr Judson Sakai Tagal, kaum Orang Ulu tidak mempunyai wakil dalam kabinet negeri.

Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri lalu berjaya mempertahankan kerusi di kawasan kaum Orang Ulu, antaranya Telang Usan, Batu Danau dan Belaga.

Bagi kerusi DUN Ba’ kalalan, calon BN Willie Liau tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baru Bian dengan majoriti tipis.

MAHATHIR: KAUM CINA DIJANGKITI "VIRUS RASIS"



KUALA LUMPUR, 18 April – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa masyarakat Cina Sarawak turut dijangkiti “virus rasisme Cina” yang menjadi prinsip perjuangan DAP, komponen Pakatan Rakyat (PR), yang memperoleh kerusi terbanyak dan menggandakan kawasan dimenangi mereka, kelmarin. Bekas perdana menteri itu berkata pada masa-masa lalu DAP ditolak sepenuhnya oleh penduduk Sarawak.

Dalam nada sindir, Dr Mahathir (gambar) menulis, “saya mengucapkan tahniah kepada DAP yang membawa masuk politik rasis ke Sarawak.” “Sebelum ini kesemua kaum bekerjasama antara satu sama lain bagi kebaikan Sarawak. Sekarang, kita boleh lihat dengan jelas bahawa komuniti Cina telah menolak multirasialisme.“Kemungkinan SUPP ada melakukan kesilapan, tetapi yang lain-lain dalam BN juga didapati ada kekurangan. Tetapi keseluruhan penolakan adalah oleh masyarakat Cina,” kata beliau dalam entri terbaru blognya.

Pada pilihan raya negeri Sarawak yang berlangsung kelmarin, BN mengekalkan kuasa kerajaan negeri dengan majoriti lebih dua pertiga tetapi mengalami penurunan berbanding 2006.
Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP-PAS-PKR memperoleh 15 kerusi dan Bebas satu.
Sambil mendakwa beliau akan dipanggil sebagai rasis kerana membangkitkan perkara ini, kata Dr Mahathir, sepanjang lima dekad lalu kaum-kaum di Malaysia telah bekerjasama untuk membina negara. “Dunia telah menyaksikan kerajaan BN yang stabil dengan kuasa dan kekayaan dikongsi oleh semua kaum dengan adil.“Tiada kaum yang memperoleh semua yang dianggap sebagai hak mereka – bukan Melayu, bukan Cina, bukan India, bukan Iban, Kadazan atau sebagainya. Kesemua perlu mengorbankan sesuatu. Ini (bahagian) penting dalam perkongsian,” katanya lagi. Ini bukan kali pertama Dr Mahathir mendakwa DAP mengamalkan pendekatan sedemikian dan pernah menyamakan dengan pendekatan PAP dari Singapura.

Sebaliknya dakwa Dr Mahathir, persekitaran perkongsian kuasa dan kekayaan ini dimusnahkan oleh DAP dengan memisahkan kaum Cina daripada kaum-kaum lain.
Sehubungan itu, kata bekas presiden Umno ini, beliau berharap perkara yang sama tidak berulang apabila negara mengadakan pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut dalam waktu terdekat.

sumber the malaysian insider.

Isnin, 18 April 2011

SETINGGI TAHNIAH YB LIWAN LAGANG!!!

SETINGGI TINGGI TAHNIAH!!!

kepada

YB LIWAN LAGANG
(PRS/ BN)


kerana

"Telah berjaya menawan hati rakyat Belaga dalam pilihanraya negeri ke-10 lalu dan telah diberi mandat semula untuk mewakili rakyat Belaga"


"TERUSKAN USAHA DAN KERJA KERAS SERTA AMANAH DALAM TUGAS SEBAGAI SEORANG WAKIL RAKYAT"


MAJULAH BARISAN NASIONAL

Ahad, 17 April 2011

TAHNIAH BN BELAGA DAN SARAWAK!!!

asapkoyan2u ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBLL dan Penduduk Belaga amnya yang terus memberi sokongan penuh kepada kerajaan BARISAN NASIONAL untuk terus membela nasib penduduk Belaga.

PRN-10 kali ini membuktikan bahawa rakyat masih lagi amat mempercayai kemampuan BN untuk menerajui Negeri Sarawak untuk terus mencapai Negeri paling maju di Malaysia pada masa akan datang. Walaupun ada suara2 sumbang yang cuba melemahkan kerajaan, namun sebenarnya ia telah semakin menambahkan kekuatan bagi BN dan rakyat sudah dapat membuat penilaian.

asapkoyan2u ingin mengambil kesempatan ini memohon maaf sekiranya ada pihak yang terkilan dengan serangan saraf selama ini. Ianya asam garam politik demokrasi, yang baik kita jadikan tauladan yang buruk kita hindarkan jauh-jauh dari dalam hati kita. semoga kita penduduk Belaga dapat bersatu dan bekerjasama dengan pemimpin kita bagi terus membawa pembangunan di Belaga.

Khamis, 14 April 2011

CALON PKR DAN SNAP BERTANGGUNGJAWAP MENJUAL HAK ORANG BAKUN????

Hari ini di Belaga satu bukti yang nyata dan jelas menunjukkan bahawa calon PKR dan Calon SNAP

Rabu, 6 April 2011

KENAPA ORANG BELAGA HARUS TOLAK PR??

HARI INI 06.04.11- Muktamad sudah keputusan pencalonan di seluruh Negiri Sarawak. Turut meriah di Belaga apabila penamaan calon berjalan dengan lancar dan sangat aman dan unik. Namun pekan Belaga hari ini telah jelas menolak PR di Belaga apabila mereka tiada kesepakatan dengan sekutu meraka dan masing-masing bekeras utk letakan calon mereka.

Oleh itu jelas perjuangan mereka PR(PKR & SNAP) bukanlah perjuangan yang sebenar untuk rakyat, namun ia adalah perjuangan berebut kuasa dan berkepentingan sendiri.

KENAPA HARUS KITA MENOLAK PR DI BELAGA??
  1. Perjuangan mereka tidak ikhlas, hanya manis pada mulut. ( Mereka tidak dapat bersatu antara pakatan mereka utk tadbir Belaga. PKR vs SNAP)
  2. Pemimpin PR mementingkan diri sendiri di Belaga. (Sikap tidak bertoleransi antara kepimpinan mereka. Bagaimana nak bantu rakyat???)
  3. PR tidak akan dapat menubuhkan kerajaan. ( PKR tanding hanya 25 kerusi belum sampai 2/3 kerusi di DUN itupun banyak pertindihan dgn SNAP. menang semua kerusi pun kerajaan tidak akan berubah.)
  4. Rekod calon2 PR di Belaga kurang enak didengar. (Mendengar saja nama calon mereka, penduduk Belaga akan kenal siapa mereka? kenal rekod tipu mereka?? tak payah saya ulas)
  5. Terbukti kerajaan pimpinan PR (P.Pinang, Kelantan dan Selangor) Kerajaan yang sangat rapuh dan sifat sementara. (Rakyat ramai di tindas, mereka hanya hidupkan penyokong parti. Semua rakyat kini sudah menyesal dan balik kepada BN)
  6. Pemimpin PR langsung tak berpendirian di Belaga. (Sebelum ini mereka senyap dan tidak pernah muncul di Belaga. 2,3 hari mereka muncul di Belaga kerana dengar khabar duit untuk calon PKR Belaga ada sumber dari luar)
  7. Perubahan yang mereka nak janjikan bukanlah perubahan yang betul2 perubahan yang baik. Perubahan hanya mencarut dan jelas ia ke arah politik yang tidak sihat.
  8. PR hanya tahu mengkritik. (Kritikan yang melampau dan kedekut ilmu.)
  9. Pemimpin PR tidak berkaliber untuk tadbir Belaga. Mereka hanyalah pakar NCR dan tidak tahu perkara lain.( Jelas apabila isu mrka hanyalah NCR dan tiada misi yang jelas. Sedangkan NCR sudah kejalan penyelesainnya)
  10. Tidak ada bukti di Belaga Calon Barisan PR cuba nak tolong rakyat dengan ikhlas sebaliknya selalu ambil kesempatan dalam kesempitan. ( Kes-kes orang Belaga yang bayar fee gauman masih mereka simpan bukti calon PR menipu mereka)
Olehitu, jangan sekali nak perjudikan masa depan Belaga dengan tertipu walau apa pun janji manis mereka. Tengoklah kebenaran yg berlaku bahawa YBLL masih seorang pemimpin yang sangat boleh dipercayai dalam terus perjuangkan nasib rakyat Belaga.

UNDILAH LIWAN LAGANG CALON BN BELAGA!!!

TERKINI!!!! PEKAN BELAGA MERIAH!!!! 6 PENUJURU!!!


HARI INI Dalam Sejarah- Pekan Belaga di banjiri dengan penduduk sekitar daerah belaga bagi menyaksikan pencalonan wakil mereka masing-masing hari ini. Setelah penutupan masa penghataran borang calon pagi tadi, Sah!! 6 Calon akan bertanding di DUN Belaga kali ini. Berikut nama-nama calon berrtanding;
  • Liwan Lagang (BN)
  • John Bampa (SNAP)
  • Ali Basah Kesing (PKR)
  • Father Micheal Jok (BEBAS-PERSB)
  • Kenneth Adan Silek (BEBAS)
  • Mathew Ak Munan (BEBAS)








Biru yang sejuk hati dan mata

Calon BN Liwan Lagang

Wanita BN bersama isteri calon
Keselamatan adalah terjamin

Perarakan membawa calon PKR - Ali Basah Kesing

Calon Bebas - Michael Jok

Penyokong SNAP

Calon Bebas - Kenneth Adan Silek

Ahad, 3 April 2011

JOM BALIK MENGUNDI!!



Asapkoyan2u ingin menyampaikan selamat berkempen dan selamat balik mengundi kepada semua penduduk dari Belaga tak kira dimana Berada.

Balik dan terjemahkan sokongan padu kita kepada Calon WR kita kali ini LIWAN LAGANG yang kita yakini dapat terus perjuangkan suara dan nasib rakyat Belaga.

Kita sebagai penduduk Belaga harus fokus kepada sokongan dan kerjasama dengan Beliau kerana beliau ternyata telah melakukan yang terbaik berbanding dengan WR sebelumnya mahu pun Calon-calon yang cuba di ketengahkan oleh PKR,SNAP dan BEBAS kali ini.

Nampaknya Pembangkang di Belaga kali ini kemaruk calon dan masih lagi bergelut dengan perebutan kerusi DUN Belaga. Agaknya rundingan antara mereka tidak ada kesudahannya. Bagaimana nak memimpin Belaga??? Awal-awal lagi sudah carut antara rakan separti???

Olehitu, marilah kita terus bersatu menyokong Liwan Lagang sekali lagi dan jangan terpedaya kepada janji manis dan tawaran perubahan yang hanya manis pada bibir mereka itu sahaja sebaliknya realiti mereka sudah tampak jelas tidak dapat melalukannya. SOKONG LIWAN LAGANG CALON BN BELAGA!!!!

TERKINI !!! SAH!! CALON BN PRN KE-10 SARAWAK!!!

Laporan Terkini dari Ibupejabat PBB.

Sah!! LIWAN LAGANG CALON PILIHANAN RAKYAT BELAGA MENJADI CALON BN N.57 BELAGA!!


PBB akan bertanding di 45 kerusi, SUPP (19), PRS (9) dan SPDP (8).

Daripada calon BN itu, 10 adalah muka baru membabitkan PBB (10), SUPP (7), PRS (2), SPDP (1)
Berikut Adalah senarai Calon-calon BN diumumkan.

N.01 OPAR Ranum Ak Mina (Incumbent)

N.02 TASIK BIRU Datuk Peter Nansian Ngusie (incumbent)

N.03 TANJUNG DATU Tan Sri Adenan Satem (incumbent)

N.04 PANTAI DAMAI Dr Abdul Rahman Junaidi (incumbent)

N.05 DEMAK LAUT Dr Hazland Hipni

N.06 TUPONG Datuk Daud Bin Abdul Rahman (incumbent)

N.07 SAMARIANG Sharifah Hasidah S.A Ghazali (incumbent)

N.08 SATOK Datuk Amar Abg Abd Rahman Zohari (incumbent)

N.09 PADUNGAN Sim Kiang Shiok

N.10 PENDING Dr Sim Kui Hian

N.11 BATU LINTANG Sih Hua Tong

N.12 KOTA SENTOSA Datuk Alfred Yap

N.13 BATU KAWAH Tan Joo Phoi (incumbent)

N.14 ASA JAYA Abdul Karim Rahman Hamzah (incumbent)

N.15 MUARA TUANG Datuk Seri Mohd Ali Mahmud (incumbent)

N.16 BENGOH Dr Jerip @ Belek Susil (incumbent)

N.17 TARAT Roland Sagah Wee Inn (incumbent)

N.18 TEBEDU Datuk Seri Michael Manyin Jawon (incumbent)

N.19 KEDUP Maclaine Ben @ Martin Ben Anak Michael

N.20 SADONG JAYA Aidil Lariwoo

N.21 SIMUNJAN Naroden Majais (incumbent)

N.22 SEBUYAU Julaihi Nerawi (incumbent)

N.23 LINGGA Simoi Peri

N.24 BETING MARO Razaili B.Hj.Gapor

N.25 BALAI RINGIN Snowdan Lawan (incumbent)

N.26 BUKIT BENGUNAN Mong Dagang (incumbent)

N.27 SIMANGGANG Datuk Francis Harden (incumbent)

N.28 ENGKILILI Dr Johnical Rayong (incumbent)

N.29 BATANG AI Malcom Mussen (incumbent)

N.30 SARIBAS Ricky@Mohammad Razi Sitam

N.31 LAYAR Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Ak Numpang(incumbent)

N.32 BUKIT SABAN Robert Lawson Chuat Ak Vincent Entering (incumbent)

N.33 KALAKA Abdul Wahab Bin Aziz (incumbent)

N.34 KRIAN Datuk Peter Nyarok Ak Entrie (incumbent)

N.36 SEMOP Abdullah Saidol

N.37 DARO Murni Suhaili (incumbent)

N.38 JEMORENG Abu Seman Jahwie

N.39 REPOK Datuk David Teng

N.40 MERADONG Ling Lie King

N.41 PAKAN Datuk seri William Mawan Ikom (incumbent)

N.42 MELUAN Wong Ak Judat (incumbent)

N.43 NGEMAH Alexander Vincent

N.44 MACHAN Datuk Gramong Juna (incumbent)

N.45 BUKIT ASSEK Chieng Buong Toon

N.46 DUDONG Datuk Tiong Thai King

N.47 BAWANG ASSAN Datuk Seri Wong Soon Koh (incumbent)

N.48 PELAWAN Vincent Goh Chung Siong (incumbent

N.49 NANGKA Dr Anuar Rapiee

N.50 DALAT Datin Fatimah Abdullah (incumbent)

N.51 BALINGIAN Tan Sri Abdul Taib Mahmud

N.52 TAMIN Joseph Mauh Ikeh (incumbent)

N.53 KAKUS John Sikie Ak Tayai (incumbent)

N.54 PELAGUS Stanley Unja

N.55 KATIBAS Datuk Ambrose Blikau Ak Enturan (incumbent)

N.56 BALEH Datuk Seri Dr James Jemut Masing (incumbent)

N.57 BELAGA Liwan Lagang (incumbent)

N.58 JEPAK Datuk Talip Zulpilip (incumbent)

N.59 KIDURONG Henry Ling Kuong Meng

N.60 KEMENA Dr Stephen Rundi Utom (incumbent)

N.61 BEKENU Rosey Yunus (incumbent)

N.62 LAMBIR Ripin Lamat

N.63 PIASAU Tan Sri George Chan Hong Nam (incumbent)

N.64 PUJUT Andy Chia Chu Fatt (incumbent)

N.65 SENADIN Datuk Lee Kim Shin (incumbent)

N.66 MARUDI Sylvester Entri Ak Muran (incumbent)

N.67 TELANG USAN Dennis Ngau

N.68 BUKIT KOTA Dr Abdul Rahman Bin Ismail(incumbent)

N.69 BATU DANAU Paulus@Palu Gumbang (incumbent)

N.70 BA'KELALAN

N.71 BUKIT SARI Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (incumbent)

Bagaimanapun, calon bagi kerusi N.70 Ba'kelalan tidak diumumkan. ia akan diumumkan pada masa yang sesuai kelak!!!

Isnin, 28 Mac 2011

PEREBUTAN KERUSI OLEH PR DI BELAGA TIDAK SELESAI!!!


Kerakusan NAFSU PKR untuk mendapatkan Kerusi DUN N.57 Belaga sugguh memalukan. Rampasan ini telah bermula sejak tahun 2010 apabila mengumpan En. Kenneth Adan Dan Abun Sui supaya melancarkan PKR Ranting Belaga. Umpanan manis dan tipu daya mereka berhasil apabila PKR berjaya membuka Ranting Belaga dengan Ahli kurang dari 50 orang termasuk Peguam Abun Sui Anyit (ASA) dan Kenneth Adan Silek (KAS).

Namun pelancaran PKR Ranting Asap menimbulkan bisul kepada Pakatan Rakyat yang memang sudah parah lukanya di Seluruh Malaysia. Mereka masih lagi cuba berlakon dimata rakyat seolah PR dapat disatukan. Hakikatnya apa yang sedang berlaku sudah jelas mereka tidak sebulu lagi. Sebelum ini SNAP adalah parti Pembangkang Sarawak yang beretika di Belaga sekarang cuba dicucuk oleh PKR,DAP,dan PAS.

Calon SNAP Belaga Dr. John Bampa kali ini berjanji akan mempertahankan kerusi tersebut bermati-matian dan tidak akan membiarkan PKR Parti Luar masuk ke Belaga. Beliau memberi amaran akan membongkar segala penipuan PKR dan Calonnya Lawyer Ali Baba yang sebelum ini pernah menipu duit orang kampungnya sendiri. "JANGAN CUBA BANGUNKAN HARIMAU YANG RILEKSSSS"

Sumber: Tubesarawak.blogspot.com