Selasa, 3 Mei 2011

BELAGA: MALAYSIA BEBAS BERAGAMA!!!


Penduduk Belaga amat menghargai keamanan dan keharmonian Negara yang memberi kebebasan kepada rakyatnya dalam apa jua hak sebagai Warganegara Malaysia.

Walaupun semasa musim pilihanraya yang lepas ada pihak yang cuba mengapi-apikan agama dan libatkannya dalam politik namun kerajaan masih dapat menjawap semua isu tersebut.

Hasilnya di Malaysia dan termasuk di Asapkoyan dan Belaga, penduduk masih lagi bebas menganut agama mereka masing-masing. Rakyat juga tahu menghormati penganut lain tanpa menghalang mereka meneruskan ibadah mereka.


Kita amat berharap agar keharmonian dan kebebasan ini terus terpelihara selamanya di Malaysia. Kepada ahli-ahli politik pula, janganlah cuba hendak mengganggu gugat keharmonian ini dengan melibatkan agama ini ke dalam isu politik untuk mendapat perhatian dan sokongan.

Semoga Malaysia terus aman!!!!!

sumber foto: Lisa Tidom Fb Album

Isnin, 2 Mei 2011

OSAMA LADEN TERTEWAS!!!


Seluruh dunia gempar apabila Amerika mengumumkan kematian Osama Bin Laden melalui Presiden OBAMA semalam. Osama terbunuh dalam satu serangan dahsyat yang diketuai oleh Amerika Syarikat itu juga dipercayai membunuh seorang anak beliau(Osama).

Dengan kematian Osama orang yang paling yang dihendaki dunia ini, maka terbalaslah dendam Amerika dan mangsa serangan 11 September hasil daripada rancangan Osama. Dunia mengharapkan agar kematian Osama ini akan dapat melemahkan kumpulan ektrimis Al-Qaeda yang sangat ganas dan sentiasa mengancam keselamatan dunia sebelum ini.



Amerika mengumumkan bahawa jenazah osama ben Laden yang terbunuh di Islamabad Pakistan telah disemadikan di laut.

Menurut pegawai Amerika yang enggan menyebutkan identitinya, terlalu sukar mencari negara yang akan menerima jenazah tersebut, kerana jenazah perlu dikebumikan dalam masa 24 jam.

Di laut mana jenazah Osama di semadikan tidak pula dilaporkan.